Menurut maklumat yang disampaikan
kepada RedsfcNews, The Red Warriors kemungkinan besar beraksi di Stadium
Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu untuk saingan Piala AFC 2012.
Ura-ura tersebut timbul selepas
stadium alternatif, Stadium Nasional Bukit Jalil bakal ditutup untuk
proses pembaikan menyebabkan pihak pengurusan Kelantan terpaksa mencari
tempat lain termasuk kemungkinan beraksi di tempat sendiri.
Walaupun begitu, beberapa syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu oleh KAFA sebelum perlawanan di Kota Bharu dapat dilangsungkan.
Antara syarat yang telah
ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ialah tahap pencahayaan
lampu limpah minima 1200 lux, Doping Room, tempat duduk media serta
beberapa perkara lagi.
Namun begitu, KAFA mungkin akan
memohon beraksi pada waktu petang manakala masalah bilik doping dan
tempat duduk media akan diajukan kepada Perbadanan Stadium Kelantan
(PSK). -RedsfcNews-