Wednesday 30 November 2011

ANUGERAH BOLA SEPAK KEBANGSAAN 2011


Kelab Terbaik : Selangor PKNS FC
FA Terbaik : Selangor FA
Pemain Harapan : Wan Zack Haikal @ Wzh Lalajobeng Wzh-HMA
Jurulatih Terbaik : Irfan Bakti Abu Salim - TER
Penyerang Terbaik : Norshahrul Idlan Talaha - KEL
Midfield Terbaik : Safiq Rahim - SEL
Defender Terbaik : Mohd Norhafiz Zamani Misbah - NS
Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat - KEL
Pemain Paling Bernilai Supermokh : Norshahrul Idlan Talaha - KEL

Saturday 26 November 2011

Senarai calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan & Anugerah Pemain Paling Bernilai Supermokh


» Penjaga gol terbaik
- Mohd Sharbinee Allawee Ramli (TERENGGANU)
· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

» Pertahanan terbaik

· Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (NEGERI SEMBILAN)
· Mohd Mazuki Yusof (TERENGGANU)
· Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

» Pemain tengah terbaik

· Mohd Badhri Mohd Radzi (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)
· Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

» Penyerang terbaik

· Hairuddin Omar (NEGERI SEMBILAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Abdul Hadi Yahya (TERENEGGANU)

» Jurulatih terbaik

· Irfan Bakti Abu Salim (TERENGGANU)
· Norizan Bakar (PERAK)
· Dato’ M. Karathu (KELANTAN)

» Pemain muda terbaik

· Mohamad Fadhli Mohd Shas (HARIMAU MUDA A)
· Mohd Irfan Fazail (HARIMAU MUDA A)
· Wan Zack Haikal Wan Noor (HARIMAU MUDA A)

» Pemain Paling Bernilai Supermokh

· Khairul Fahmi Che Mat (KELANTAN)
· Norshahrul Idlan Talaha (KELANTAN)
· Safiq Rahim (SELANGOR)

Keputusan Piala Emas Raja-Raja 25/11/11

Monday 21 November 2011

ROMBONGAN KE PAROI

INFO TERKINI : TRW UTM dengan kerjasama KELAB PENYOKONG SETIA TRW WILAYAH SELATAN

Akan mengadakan satu ROMBONGAN ke STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN,PAROI sempena PERLAWANAN PERSAHABATAN antara NEGERI SEMBILAN vs KELANTAN.

TARIKH: 29 NOVEMBER 2011 (SELASA)
MASA BERTOLAK: 3.00 ptg (rombongan bertolak pulang selepas tamat perlawanan)

BAYARAN: RM30-RM50 (SEWA BAS + TIKET PERLAWANAN)

PERHATIAN : Harga tiket tidak dapat dipastikan lagi, tertakluk pada jumlah peminat bolasepak Kelantan di kawasan Johor yang ingin menyertainya..Harga  Minimum adalah RM30 dan maksimum adalah RM50 .

Jadual Perjalanan adalah seperti berikut :

3.00 Petang - Pasir Gudang

3.30 Petang - UTM Skudai

6.00 Petang - UTHM Batu Pahat

8.00 Malam  - Paroi

Waktu perjalanan terpaksa diubah memandangkan ini kali pertama kita menyertai rombongan berkumpulan.

Segala kesulitan amat dikesali dari pihak kami. Harap ramai peminat bolasepak Kelantan akan menyertai kami untuk menyerikan lagi fenomena Bolasepak Kelantan Di Malaysia..

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian ini untuk keterangan lanjut :

1.       PENGERUSI (POKWE WAN ZUL) – No Tel : 01111138138 - E-Mail : pwe_pasirmas@yahoo.com

2.       TIMBALAN PENGERUSI I (FADZLI) - No Tel :  016-9229315

3.       SETIAUSAHA (ABE MAT) - No Tel :  013-717-7447

4.       KETUA CAWANGAN UTM (FARIZ ABE) – No Tel :  013-7122123

Sunday 20 November 2011

The Red Warriors Beralih Ke Selatan.

Skuad The Red Warriors dibawah kendalian Peter James Butler akan beralih ke Selatan untuk aksi persahabatan pra musim Jelajah Singapura bemula 20 sehingga 23 November 2011.


Menurut maklumat yang disampaikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, skuad Kelantan akan menjalani latihan tiga hari di Padang UTM Skudai sebelum bertolak ke seberang tambak untuk dua perlawanan persahabatan dengan kelab Singapura.


Dijangka Kelantan akan melawan sebuah kelab juara Liga Singapura (20 November) sebelum menamatkan jelajah dengan menentang Balestier Khalsa FC di Stadium Toa Payoh pada 23 November.

Selepas jelajah Singapura, The Red Warriors akan pulang ke Lembah Klang untuk aksi persahabatan dengan ATM dan Perak serta satu perlawanan menentang juara Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan di Paroi. -RedsfcNews-
 
 
*Sumber : RedsfcNews

Saturday 19 November 2011

Bisa Seorang Keeper!


No 1, Nombor yang memastikan kita layak ke final untuk mempertahankan pingat emas sukan sea,serta Bilangan jaringan yang diperlukan untuk menewaskan Indonesia dan Myanmar sebelum mara ke Final.Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan, Rakyat Malaysia semua boleh!,dan Harimau Muda juga Boleh!


Keputusan Penuh Separuh Akhir


Malaysia ke peringkat AKHIR!!!..Malaysia 1 - 0 Myanmar, gol tunggal Malaysia
di jaringkan oleh Fakri Saarani...Teruskan Perjuangan Mu Harimau Malaya!

Perlawanan Persahabatan: Kelantan 2-1 Maldives


Perlawanan malam tadi menyaksikan pemain import termuda Kelantan Dennis Antwi berjaya membolosi dua kali gawang Maldives yang sebelum itu mengejutkan Kelantan dengan jaringan awal Ali Ashfaq kapten pasukan Maldives pada minit ke 3. Diawal perlawanan Kelantan dilihat beraksi hambar dan mudah bagi pasukan Maldives melepasi  barisan pertahanan dan tengah Kelantan yang rata-rata dibarisi pemain muda serta masih tercari-cari rentak permainan.

Emanual Okine dan Dennis Antwi dilihat berjaya memikat lebih 3000 penonton Kelantan yang hadir manakala pemain percubaan Zakaria Charara dilihat boleh beraksi dengan baik dan menjadi perancang serangan yang baik meskipun kadang-kadang menjadi bahan gelak ketawa penonton dengan aksinya yang masih mencari keserasian dan sering jatuh.

Norshahrul Idlan dan Mohd Badhri tidak diturunkan awal bagi memberi peluang kepada pemain muda membuktikan kemampuan mereka. Indra Putra, Norfarhan dan Azizi Mat Rose masih belum boleh menyertai skuad The Red Warriors kerana masih terikat dengan kontrak T-Team yang dijangka tamat penghujung bulan ini.

Pada hari ini pula pemain The Red Warriors dijangka akan bergerak ke Singapura bagi meneruskan siri jelajah perlawanan persahabatan The Red Warriors menentang dua kelab dari Singapura pada 20 dan 23 november ini sebelum kembali ke dalam negara untuk perlawanan seterusnya menentang ATM, Negeri Sembilan dan Perak.

Sokongan seluruh penyokong Kelantan amat dihargai dalam siri KAFA memperkemaskan barisan pemain-pemain dan disamping mengumpul dana peruntukan untuk mengharungi semua perlawanan tempatan dan antarabangsa 2012. KAFA juga turut berpuashati dengan jumlah kehadiran dan seolah-olah memberi tanda kesediaan sokongan awal mereka sekiranya KAFA memilih beraksi di luar Kelantan pada 2012. Harapan seluruh penyokong Kelantan, konvoi The Red Warriors selamat pergi dan balik serta berjaya dalam semua misi. GOMO KELATE GOMO.

***Aduan penyokong Kelantan: Dalam pemilihan stadium harap KAFA memastikan pihak pengurusan stadium lebih bersedia menyelesaikan masalah ini untuk masa akan datan.
    1. Tidak berpuas hati dengan lampu limpah yang terpadam sehingga memaksa perlawanan dihentikan 
    2. Tempat duduk dicemari najis burung
    3. Tandas dan surau tiada air

    Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo


    * Credit to : PORTAL RASMI KAFA

    Friday 18 November 2011

    Thursday 17 November 2011

    SYAHRUL AZWARI IBRAHIM


    PEMAIN Malaysia Kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim mengucup bendera jalur gemilang pada jersinya selepas menjaringkan gol pertama malaysia ketika menentang Indonesia peringkat kumpulan A, Bola Sepak sukan SEA ke-26 2011 di Stadium Gelora Bung Karno.

    * Malaysia muncul juara kumpulan A dan bakal berdepan Myanmar di Separuh Akhir, Indonesia muncul naib juara kumpulan dan akan menentang Vietnam.

    * Syahrul Azwari memakai jersi bernombor 18,berusia 18 tahun dan menjaringkan gol pd minit ke 18

    * Pemain ini berasal dari Tanah Merah,Kelantan dan merupakan adik kepada bekas pemain Kelantan musim 2008, Saffuan Ibrahim

    Separuh Akhir Bola Sepak : SEA GAME

    Separuh Akhir 19 November

    Malaysia vs Myanmar : 5 Petang
    Indonesia vs Vietnam : 8 Malam
    * Credit toKelantanFA.com

    SEA GAME INDONESIA (JAKARTA/PALEMBANG) 2011

    Kumpulan A
    Match : Indonesia[0] VS Malaysia[1]
    Scorer : Syahrul Azwari
    Date : 17/11/2011
    Time : 4:45pm
    Venue : Stadium Bung Karno Jakarta Indonesia
    Live : Astro ARENA (801)
    * Credit toKelantan The Red Warriors [KB]

    KOS TINGGI TIDAK MENGHALANG TRW

    Hajat TRW untuk menjimatkan Kos bagi pre-season di Singapore spt tidak kesampaian sbb UTM charge utk penggunaan Padang serta penginapan berjumlah 29k.Tapi kito kena pahe jugok,ni Johor bukan klate kalau UMK kan,bagi murah pn UTM rugi. No komen......
     * Credit to : Muhammad Fareez Khan

    SEA GAME


    Berjaya menambah 2 lagi pingat Emas dan memotong Singapura setakat 3.45pm, Khamis 17 November 2011

    * Credit to : Bolasepak Malaysia

    BERSEDIAKAH HARIMAU MUDA MENGAUM?

    INFO : JAM 8 MALAM WAKTU MALAYSIA. PERTEMBUNGAN MUSUH TRADISI(SEJAK SEBELUM MERDEKA) YANG BERLATAR BELAKANG SEJARAH YANG AMAT RUMIT UNTUK KEDUA-DUA NEGERA..MALAYSIA B-23 VS INDONESIA B-23..PERANG PSIKOLOGI DALAM ALAM SIBER AKAN MEREBAK KE ALAM REALITI PADA MALAM INI..ADAKAH HARIMAU MUDA MAMPU MENERUSKAN LEGASI HARIMAU TUA (SEKARANG DAH NAK MATI) KETIKA DULU APABILA MAMPU MEBAHAM SANG GARUDA YANG TERBANG MEGAH DIUDARA..SAKSIKAN PERTEMBUNGAN MENARIK MALAM INI DI ASTRO ARENA & TV2 PADA JAM 8 MALAM INI..

    Jom Pakat Serbu Blako

    Info dari PERSATUAN ANAK-ANAK KELANTAN UTM (PAKAT),Skuad TRW bakal menjalani latihan di Stadium UTM pada 19-21 November 2011 sebagai persiapan menghadapi siri perlawanan persahabatan di Singapura. Skuad TRW juga dijangka akn menginap di SCHOLAR INN,UTM. Insyaallah puok2 kita bleh g tgk sesi latihan ni tp xleh sapa ganggu player.
    * Credit to : Fariz Abe

    Wednesday 16 November 2011

    BERSAMA MENTRANSFORMASIKAN KELAB PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN

    TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA FARIZ KITA KERANA SUDI MEMBAWA TRW UTM MENJADI AHLI GABUNGAN DIBAWAH NAUNGAN KELAB WILAYAH SELATAN. SATU PERJUMPAAN SULUNG BUAT DUA KELAB INI AKAN DIADAKAN PADA HUJUNG MINGGU INI PADA 20HB NOVEMBER 2011. PADA PERJUMPAAN INI, KITA AKAN MEMBINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAYAKAN AKTIVITI DAN PERANCANGAN YANG AKAN KITA HARUNGI PADA 2012. PADA MASA YANG SAMA, KITA AKAN MENJALANKAN KERJA MENYIAPKAN KAIN RENTANG UNTUK DIBAWA BERSAMA PADA PERLAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN (AKAN DIMAKLUMKAN JIKA BERLAKU MASALAH TEKNIKAL). SEMUA GERAK KERJA KELAB TRW UTM AKAN MENGGUNAKAN NAMA KELAB WILAYAH SELATAN SEBAGAI PENDOKONG UTAMA KELAB TERSEBUT. PERBINCANGAN SELANJUTNYA DAN KEPUTUSAN AKAN DIPUTUSKAN SECARA BERSAMA PADA PERJUMPAAN INI. DIHARAP SEMUA AHLI TRW UTM DAN KELAB WILAYAH SELATAN AMBIL PERHATIAN..TERIMA KASIH..


    SEJARAH BARU KELAB PENYOKONG DARI BAHAGIAN SELATAN..SAMA-SAMA BERJUANG UNTUK KELANTAN KITA..

    SEJARAH PERSATUAN BOLA SEPAK KELANTAN (KELANTAN FA)

    Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) telah diasaskan pada tahun 1946.

    Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990.

    Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.

    Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, kita merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu.

    Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.

    Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun kita gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.

    Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja.

    Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.
     
    PRESIDEN KAFA

    19xx - 19xx - Datuk Haji Hussien Ahmad

    19xx - 19xx - Datuk Nik Mahmud Nik Daud

    1986 - 1990 - Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher

    1991 - 2004 - Datuk Haji Wan Hashim Haji Wan Daud

    2004 - 2007 - Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub

    2007 - sekarang - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
     
    SENARAI PENGURUS PASUKAN KELANTAN

    1998 - 2002 - Datuk Haji Wan Hashim Haji Wan Daud

    2005            - Haji Azman Ibrahim

    2006 - 2008 - Haji Ahmad Jazlan Yaakub

    2009 - 2010 - Haji Azman Ibrahim
     
    SENARAI JURULATIH-JURULATIH KELANTAN

    1988 - Allahyarham Haji Mohamad Che Su

    1989 - Majid Arif (Singapura) / Haji Mahadi Yusof

    1990 - Allahyarham Haji Mohamad Che Su

    1991 - Milan Duricic (Yugoslavia) / Haji Mahadi Yusof

    1992 - Horst Heese (Jerman)

    1993 - M. Karathu (Perak)

    1994 - Milous Kvacek (Rep. Chzech)

    1995 - Haji Mahadi Yusof

    1996 - Kelly Tham (Sabah)

    1997 - Kelly Tham (Sabah)

    1998 - Kamaruddin Md Noor / Hamid Ramli

    1999 - Mostakheen Omar (Kedah)

    2000 - Abdul Rahim Ahmad

    2001 - K. Rajagobal (Selangor)

    2002 - K. Rajagobal (Selangor)

    2003 - Abdullah Mohamad (Terengganu)

    2004 - Abdullah Mohamad (Terengganu)

    2005 - Kamarudin Md Noor

    2006 - Kamarudin Md Noor / Anizan Daud

    2007 - Abdul Rahim Ahmad

    2008 - Norizan Bakar (Perlis) / Regis Laguesse (Perancis)

    2009 - Peter James Butler (England) / B Sathianathan

    2010 - B Sathianathan
     
    2011 - Datuk M. Karathu Maruthaiah

    2012 -  pernantian penuh harapan..dapatkah Peter James Butler (England) meneruskan legasi yang dibentuknya masa dulu dan mengukuhkan lagi KELANTAN FA dipentas yang lebih gah lagi iaitu rantau ASIA..sama-samalah kita saksikan dan tunggu dengan penuh kesabaran..

    Senarai 28 pemain Kelantan musim 2012 mengikut nombor jersi.

    1 : Shahrizan Ismail
    2 : Azizi Matt Rose
    3 : S.Subramaniam
    4 : Emmanuel Okime ( Ghana )
    5 : Nik Shahrul Azim
    6 : Farisham Ismail
    7 : Ramzul Zahini Adenan
    8 : Shakir Shaari
    9 : Shahrul Idlan Talaha
    10 : Norfarhan Muhammad
    11 : Aziz Ismail
    12 : Nurul Azwan Roya
    13 : Indraputra Mahyuddin
    14 : Zamri Ramli
    15 : Daudsu
    16 : Badhri Radzi
    17 : Rizal Fahmi
    18 : Denny Antwi ( Ghana )
    19 : Khairul Fahmi Che Mat
    20 : Syazwan Yusof ( Penjaga Gol Piala Presiden )
    21 : Reserve Untuk Pemain Dari Eropah
    22 : Muhammed Ghaddar ( Lebanon )
    23 : S.Chanturu
    24 : Zairol Fitree Ishak
    25 : Azlan Ismail
    26 : Izuan Solahuddin
    27 : Khairul Izuan Rosli
    28 : Aris Zaidi

    Jersi no 21 akan diumumkan pada perlawanan persahabatan menentang Maldives kalau menurut kata TSAM..Jadi untuk geng-geng Wilayah Selatan,kita fokus kepada 29 November 2011..catat sejarah buat kali pertama Wilayah Selatan menonjolkan diri sebagai pemain ke 12 Kelantan..

    Tuesday 15 November 2011

    PERSEDIAAN PRA MUSIM 2012 | PERLAWANAN PERSAHABATAN TRW

    18 Nov 2011 - Skuad Kebangsaan Maldives, Stadium MBPJ
    20 Nov 2011 - Kelab Liga S, Singapura
    23 Nov 2011 - Balestier Khalsa FC, Stadium Toa Payoh, Singapura
    26 Nov 2011 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KL
    29 Nov 2011 - Negeri Sembilan, STAR Paroi
    01 Dis 2011 - Perak, KL
    -PERJUMPAAN RASMI PERTAMA KELAB PENYOKONG WILAYAH SELATAN-


    Fokus utama Kelab Penyokong Wilayah Selatan adalah pada 29 Nov 2011 iautu perlawanan persahabatan melibatkan Penyandang Juara Piala Malaysia 2011 VS Bekas Juara Piala Malaysia 2010..Kelab Penyokong mengalu-alukan kerjasama daripada TRW UTM untuk bersama kita memantapkan lagi Kelab Wilayah Selatan..Target kita tahun hadapan adalah untuk mendapat pengiktirafan daripada pihak KAFA sebagai wakil Penyokong kelantan di sebelah selatan (mewakili penyokong kelantan dari Negeri Sembilan,Melaka,Johor dan yang Terbaru Singapore)..sama-sama lah kita berjuang menaikkan nama WILAYAH SELATAN setanding kelab penyokong lain..berpegang pada moto kita, KELANTAN FOOTBALL IT'S IN MY HEART..KITO PAKAT GOMO TREK NI.. 
     

    Sunday 13 November 2011