Perlawanan malam tadi menyaksikan pemain import termuda Kelantan Dennis Antwi berjaya membolosi dua kali gawang Maldives yang sebelum itu mengejutkan Kelantan dengan jaringan awal Ali Ashfaq kapten pasukan Maldives pada minit ke 3. Diawal perlawanan Kelantan dilihat beraksi hambar dan mudah bagi pasukan Maldives melepasi barisan pertahanan dan tengah Kelantan yang rata-rata dibarisi pemain muda serta masih tercari-cari rentak permainan.
Emanual Okine dan Dennis Antwi dilihat berjaya memikat lebih 3000 penonton Kelantan yang hadir manakala pemain percubaan Zakaria Charara dilihat boleh beraksi dengan baik dan menjadi perancang serangan yang baik meskipun kadang-kadang menjadi bahan gelak ketawa penonton dengan aksinya yang masih mencari keserasian dan sering jatuh.
Norshahrul Idlan dan Mohd Badhri tidak diturunkan awal bagi memberi peluang kepada pemain muda membuktikan kemampuan mereka. Indra Putra, Norfarhan dan Azizi Mat Rose masih belum boleh menyertai skuad The Red Warriors kerana masih terikat dengan kontrak T-Team yang dijangka tamat penghujung bulan ini.
Pada hari ini pula pemain The Red Warriors dijangka akan bergerak ke Singapura bagi meneruskan siri jelajah perlawanan persahabatan The Red Warriors menentang dua kelab dari Singapura pada 20 dan 23 november ini sebelum kembali ke dalam negara untuk perlawanan seterusnya menentang ATM, Negeri Sembilan dan Perak.
Sokongan seluruh penyokong Kelantan amat dihargai dalam siri KAFA memperkemaskan barisan pemain-pemain dan disamping mengumpul dana peruntukan untuk mengharungi semua perlawanan tempatan dan antarabangsa 2012. KAFA juga turut berpuashati dengan jumlah kehadiran dan seolah-olah memberi tanda kesediaan sokongan awal mereka sekiranya KAFA memilih beraksi di luar Kelantan pada 2012. Harapan seluruh penyokong Kelantan, konvoi The Red Warriors selamat pergi dan balik serta berjaya dalam semua misi. GOMO KELATE GOMO.
***Aduan penyokong Kelantan: Dalam pemilihan stadium harap KAFA memastikan pihak pengurusan stadium lebih bersedia menyelesaikan masalah ini untuk masa akan datan.

- Tidak berpuas hati dengan lampu limpah yang terpadam sehingga memaksa perlawanan dihentikan
- Tempat duduk dicemari najis burung
- Tandas dan surau tiada air
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
* Credit to : PORTAL RASMI KAFA