Tuesday 10 April 2012

Kedudukan Liga AFC Cup 2012 | 10/4/2012 (Group H)



Tahniah untuk team Kelantan FA. Dengan kemenangan yang diperolehi pada petang tadi telah memberi 3 mata penuh untuk pasukan The Red Warriors. Pada minit ke-16 kita telah dihadiahkan penalti dan ianya disempurnakan oleh Ghaddar dengan baik. Menyusul sepelas itu, salah seorang pemain Arema FC telah dilayangkan kad merah. Dari insiden itu, Arema FC bermain dengan 10 orang sepanjang perlawanan. Pada minit ke-35, pemain Arema FC ( Roman) telah menyamakan kedudukan. Tamat separuh masa pertama Kelantan | 1 - 1 | Arema FC.

Permainan disambung pada separuh masa kedua, pada minit ke-60, Ghaddar telah menambahkan gol untuk Kelantan, ini meletakkan Kelantan dikedudukan yang selesa. Pada minit2 yang hampir tamat, Kelantan dihadiahkan lagi satu gol dari Zamri Ramli pada minit ke-89. Satu-satunya anak kelantan yang memberi sumbangan gol untuk Liga AFC. Kelantan mendapat kemenangan 3 - 1 di tempat lawan.

Tidak kurang hebatnya, penjaga gol kelantan, Mat Chah, Beliau menunujukkan prestasi yang baik pada perlawanan petang tadi. Percaturan dari coach Bojan Hodak amat bijak, pemain simpanan pun boleh diturunkan bersama pemain utama. Kelantan setakat ini mencatat 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah. Perlawanan seterusnya, Kelantan FA akan bertemu dengan Navibank Saigon di Vietnam pada 24.04.2012. Semoga kemenangan milik The Red Warriors lagi. GOMO KELATE GOMO !!!!

Sunday 1 April 2012