Friday 29 March 2013

TRW WILAYAH SELATAN TELAH BERDAFTAR SECARA RASMINYA DENGAN ROS




SELEPAS HAMPIR 3 TAHUN PENUBUHAN TRW WILAYAH SELATAN BERMULA DARI PENGHUJUNG TAHUN 2010 HINGGALAH SEKARANG, DENGAN RASMINYA TRW WILAYAH SELATAN BERDAFTAR DENGAN ROS DENGAN MENGGUNAKAN NAMA KELAB PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN WILAYAH SELATAN WALAUPUN BANYAK KRITERIA YANG PERLU DIPATUHI. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMADA DARI GENERASI LAMA MAHUPUN GENERASI BARU, DARIPADA PUCUK PIMPINAN LAMA HINGGALAH PUCUK PIMPINAN BARU. SEMOGA TRW WILAYAH SELATAN DAPAT MENERUSKAN USAHA MENGERATKAN SILATURRAHIM SESAMA MASYARAKAT KELANTAN KHUSUSNYA DAN JOHOR AMNYA.

Saturday 23 March 2013

SEKILAS KATA 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, 3 Program yang telah dijalankan oleh KELAB PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN WILAYAH SELATAN pada awal tahun 2013 telah berjalan dengan lancarnya. Program yang kita adakan dapat direalisasikan dengan kerjasama semua pihak terutamanya AJK TRW WILAYAH SELATAN khususnya dan kelab gabungan seperti TRW UTM dan TRW JOHOR amnya. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penaung TRW WILAYAH SELATAN dari tahun 2011-2012 kerana berjaya melaksanakan program sebelum ini dengan jayanya untuk walaupun liku-liku perjuangan yang perlu dilalui oleh setiap orang. Tahun ini banyak program yang akan kita jalankan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita dan menjadikan ahli kelab sentiasa cerdas dengan pelbagai aktiviti yang telah kita jalankan dan yang akan dijalankan. Aktiviti yang akan kita jalankan selepas ini adalah Hari Keluarga, Kejohanan Futsal, Kejohanan Bowling, Kejohanan Badminton, Kejohanan Bola Padang dan lain-lain. Kita tidak hanya menumpukan sokongan kepada Kelantan sahaja tetapi kita cuba melakukan seberapa banyak aktiviti untuk kita memupuk semangat perpaduan antara kita dan juga masyarakat di johor amnya. Saya bagi pihak TRW WILAYAH SELATAN menyokong penuh aktiviti seumpama ini yang saya kira mampu memantapkan lagi perpaduan kita walaupun berada jauh diperantauan.

KELANTAN FOOTBALL IT’S IN OUR HEART
PRESIDEN TRWWS 2013
POKJEK

Tuesday 10 April 2012

Kedudukan Liga AFC Cup 2012 | 10/4/2012 (Group H)



Tahniah untuk team Kelantan FA. Dengan kemenangan yang diperolehi pada petang tadi telah memberi 3 mata penuh untuk pasukan The Red Warriors. Pada minit ke-16 kita telah dihadiahkan penalti dan ianya disempurnakan oleh Ghaddar dengan baik. Menyusul sepelas itu, salah seorang pemain Arema FC telah dilayangkan kad merah. Dari insiden itu, Arema FC bermain dengan 10 orang sepanjang perlawanan. Pada minit ke-35, pemain Arema FC ( Roman) telah menyamakan kedudukan. Tamat separuh masa pertama Kelantan | 1 - 1 | Arema FC.

Permainan disambung pada separuh masa kedua, pada minit ke-60, Ghaddar telah menambahkan gol untuk Kelantan, ini meletakkan Kelantan dikedudukan yang selesa. Pada minit2 yang hampir tamat, Kelantan dihadiahkan lagi satu gol dari Zamri Ramli pada minit ke-89. Satu-satunya anak kelantan yang memberi sumbangan gol untuk Liga AFC. Kelantan mendapat kemenangan 3 - 1 di tempat lawan.

Tidak kurang hebatnya, penjaga gol kelantan, Mat Chah, Beliau menunujukkan prestasi yang baik pada perlawanan petang tadi. Percaturan dari coach Bojan Hodak amat bijak, pemain simpanan pun boleh diturunkan bersama pemain utama. Kelantan setakat ini mencatat 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah. Perlawanan seterusnya, Kelantan FA akan bertemu dengan Navibank Saigon di Vietnam pada 24.04.2012. Semoga kemenangan milik The Red Warriors lagi. GOMO KELATE GOMO !!!!

Sunday 1 April 2012