Tuesday 10 April 2012

Kedudukan Liga AFC Cup 2012 | 10/4/2012 (Group H)



Tahniah untuk team Kelantan FA. Dengan kemenangan yang diperolehi pada petang tadi telah memberi 3 mata penuh untuk pasukan The Red Warriors. Pada minit ke-16 kita telah dihadiahkan penalti dan ianya disempurnakan oleh Ghaddar dengan baik. Menyusul sepelas itu, salah seorang pemain Arema FC telah dilayangkan kad merah. Dari insiden itu, Arema FC bermain dengan 10 orang sepanjang perlawanan. Pada minit ke-35, pemain Arema FC ( Roman) telah menyamakan kedudukan. Tamat separuh masa pertama Kelantan | 1 - 1 | Arema FC.

Permainan disambung pada separuh masa kedua, pada minit ke-60, Ghaddar telah menambahkan gol untuk Kelantan, ini meletakkan Kelantan dikedudukan yang selesa. Pada minit2 yang hampir tamat, Kelantan dihadiahkan lagi satu gol dari Zamri Ramli pada minit ke-89. Satu-satunya anak kelantan yang memberi sumbangan gol untuk Liga AFC. Kelantan mendapat kemenangan 3 - 1 di tempat lawan.

Tidak kurang hebatnya, penjaga gol kelantan, Mat Chah, Beliau menunujukkan prestasi yang baik pada perlawanan petang tadi. Percaturan dari coach Bojan Hodak amat bijak, pemain simpanan pun boleh diturunkan bersama pemain utama. Kelantan setakat ini mencatat 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah. Perlawanan seterusnya, Kelantan FA akan bertemu dengan Navibank Saigon di Vietnam pada 24.04.2012. Semoga kemenangan milik The Red Warriors lagi. GOMO KELATE GOMO !!!!

Sunday 1 April 2012

Friday 30 March 2012

Kedudukan terkini Liga Super 30.03.2012


Keputusan penuh untuk game yang berlangsung pada malam ni.
Kedah 3 - 0 Perak
K.Lumpur 1 - 2 N.Sembilan
* sedak jugok kedoh main male ni, koho kemah team sek dio. arap sek kito mene male esok lawe felda. gomo KELATE gomo ! !
 
 

Tuesday 27 March 2012

Keputusan Piala FA Suku Akhir 1 & 2

Piala FA 2012 | Pusingan Ke-2 SUKU AKHIR !!
Full Time | KL Spa FC | 0 - 2 | Kelantan FA
16' NorFarhan (Kelantan)
71' Nwoha Onyenkachi (Kelantan)

* Tahniah untuk The Red Warriors kerana layak ke Separuh Akhir Piala FA 2012
* Separuh Akhir Piala FA 2012 | Kelantan FA vs Kedah FA
* Separuh Akhir 1 : 21/4/2012 (KB) | Separuh Akhir 2 : 1/5/2012 (KDH)
* Gomo Kelate Gomo!!

Monday 26 March 2012

Terima Kasih..Terima Kasih..SNBJ

Alhamdulillah...akhirnya kita berjaya menepati ramalan dengan membenam KL SPA FC dengan defisit 3-0. TRW hampir sebelah kaki sahaja untuk mara ke separuh akhir Piala FA 2012. Tahniah kepada semua pihak terutamanya para pemain, pihak pengurusan dan juga para penyokong yang menghadirkan diri ke stadium pada malam itu.
Mengulas serba sedikit suasana dalam stadium pada masa itu, saya amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh para penyokong kepada pemain. Kita ingin memupuk semangat seperti ini bukan sahaja dikala menang,tapi dapat menerima dengan hati yang terbuka walau apapun keputusan yang kita dapat. Mungkin dengan kehadiran GEMPITA dapat menyeragamkan cara sokongan kita. terima kasih juga kepada pihak GENDANG kita yang sentiasa menggamatkan suasana dalam stadium.
Terima kasih juga kepada pendokong dari WILAYAH SELATAN yang sudi datang ke SNBJ dan jarak tidak menjadi penghalang sokongan kepada TRW. Kita akan sentiasa memberi sokongan selagi termampu dan dengan penuh perasaan sayang kepada bolasepak negeri kita.
Untuk itu bagi pihak TRW WS, kita akan mengadakan satu lagi EVENT besar-besaran pada bulan Mei ini sempena perlawanan liga Super. Marilah bersama-sama para pendokong TRW WS memberi sokongan yang tak terhingga kepada team TRW kita. semoga impian menyatukan para penyokong Kelantan tercapai akhirnya setaraf liga antarabangsa.

Sunday 25 March 2012

Next Game | Piala FA | 2nd LEG


Piala FA Result | 1st LEG


Piala FA 2012 | Pusingan Pertama SUKU AKHIR !!
Full Time | KL Spa FC | 0 - 3 | Kelantan FA
45' Badhri Radzi (Kelantan)
56' Nor Farhan (Kelantan)
81' Nor Farhan (Kelantan)

Friday 23 March 2012

KENANGAN TRW WS 2011-2012

KONVOI TRW WILAYAH SELATAN 2012



LAYAN BOLA DI 'STADIUM GELANG PATAH' - POK MAT

Thursday 22 March 2012

Bila ada yang dengki?


Apa motif dorang buat status macam ni? renung² kan lah.

kedudukan Terengganu dan Kelantan di AFC CUP 2012