Monday 26 March 2012

Terima Kasih..Terima Kasih..SNBJ

Alhamdulillah...akhirnya kita berjaya menepati ramalan dengan membenam KL SPA FC dengan defisit 3-0. TRW hampir sebelah kaki sahaja untuk mara ke separuh akhir Piala FA 2012. Tahniah kepada semua pihak terutamanya para pemain, pihak pengurusan dan juga para penyokong yang menghadirkan diri ke stadium pada malam itu.
Mengulas serba sedikit suasana dalam stadium pada masa itu, saya amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh para penyokong kepada pemain. Kita ingin memupuk semangat seperti ini bukan sahaja dikala menang,tapi dapat menerima dengan hati yang terbuka walau apapun keputusan yang kita dapat. Mungkin dengan kehadiran GEMPITA dapat menyeragamkan cara sokongan kita. terima kasih juga kepada pihak GENDANG kita yang sentiasa menggamatkan suasana dalam stadium.
Terima kasih juga kepada pendokong dari WILAYAH SELATAN yang sudi datang ke SNBJ dan jarak tidak menjadi penghalang sokongan kepada TRW. Kita akan sentiasa memberi sokongan selagi termampu dan dengan penuh perasaan sayang kepada bolasepak negeri kita.
Untuk itu bagi pihak TRW WS, kita akan mengadakan satu lagi EVENT besar-besaran pada bulan Mei ini sempena perlawanan liga Super. Marilah bersama-sama para pendokong TRW WS memberi sokongan yang tak terhingga kepada team TRW kita. semoga impian menyatukan para penyokong Kelantan tercapai akhirnya setaraf liga antarabangsa.