Sunday 4 March 2012

Bojan Dilantik Ketua Jurulatih Kelantan.



Bojan Hodak secara rasminya telah dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan bagi mengantikan Peter Butler yang telah dipecat baru-baru ini.

Menurut sumber dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Hodak dilantik bagi jawatan tersebut biarpun sebelum ini diberi jawatan CEO Akademi Al Hamra Red Warriors (ARMY).

Beliau telah memulakan tugasan tidak rasmi beberapa hari lepas dan pemain The Red Warriors dilihat selesa sewaktu menjalani latihan bersama jurulatih yang berasal dari Crotia tersebut.

Hodak akan mengetuai Kelantan dalam perlawanan kompetetif pertama menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super yang disambung kembali selepas bercuti rehat selama dua minggu. -RedsfcNews-