Friday 16 March 2012

Annuar Musa bakal berdepan tindakan?

Image © Arena.my
Tan Sri Annuar Musa (Gambar) baru-baru ini membuat kenyataan yang mengkritik skuad kebangaan tetapi menafikan ia merujuk kepada individu tertentu. (Gambar arkib).

KUALA LUMPUR, (Arena.my) - Tan Sri Annuar Musa bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin FAM? Itulah desas-desus yang bertiup kencang dengan FAM dikatakan dalam proses untuk memaklumkan perkara tersebut kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tindakan disiplin yang mungkin dikenakan ke atas Annuar Musa adalah kerana kenyataan yang dikeluarkannya mengenai skuad kebangsaan yang mencetuskan kontroversi.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika di temui belum mahu mengesahkan hal itu tetapi menegaskan tiada pengecualian dalam sebarang tindakan melibatkan ahli majlis mahupun kejurulatihan yang gagal memenuhi peraturan yang di tetapkan dalam perlembagaan FAM.
Sebelum ini FAM meminta salinan rakaman daripada pihak Astro Arena pada Rabu untuk meneliti kenyataan yang dibuat Annuar Musa selepas Majlis Penutup Bengkel Pemasaran dan Pembangunan Penyokong Kelab MSL pada Selasa.
Annuar Musa pada Selasa membuat kenyataan yang mengkritik skuad kebangaan tetapi menafikan ia merujuk kepada individu tertentu.

Sumber