Penyerang import asal Nigeria,
Onyekachi Nwoha melakukan debut pertama bersama pasukan Kelantan ketika
tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Pemain yang pernah beraksi
dengan kelab Ukrainian dimasukkan pada babak kedua namun gagal memberi
impak untuk membantu Sang Kijang mencari jaringan.
Malahan aksi yang ditunjukkan
pemain ini turut dipertikaikan penyokong kerana langsung tidak berupaya
membantu pasukan saat ketinggalan dua jaringan kepada Selangor.
Bagaimanapun, dengan pintu
perpindahan pemain sudah tertutup rapat, Nwoha begitu diharapkan untuk
menajamkan lagi jentera serangan Kelantan yang kini hanya mengharapkan
sentuhan penyerang tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha.
-RedsfcNews-