THE RED WARRIORS WILAYAH SELATAN ditubuhkan sebagai platform untuk menyatukan seluruh rakyat kelantan di kawasan Johor khususnya dan Malaysia amnya. Kami akan bersama-sama berusaha menjadi penyokong yang berjiwa Profesional dan sentiasa menyokong perjuangan Pasukan Kelantan. Kelab ini akan menjaga kebajikan ahli,mengeratkan silaturrahim dan mengadakan aktiviti yang bermanfaat untuk semua..semarakkan motto kita 'KELANTAN FOOTBALL IT'S IN OUR HEART'...
GOMO TRW WS GOMO..
KOTA
BHARU – Tidak cukup difitnah menjadi punca putus tunang seorang gadis,
kali ini penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 berhadapan
dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab apabila
pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd di Jalan Sri Cemerlang
dekat sini disimbah cat.
Menurut Pengurusnya, Syed Ahmad Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pekerjanya sewaktu mereka tiba di pejabat pagi semalam.
Katanya, mereka amat terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.
“Ini merupakan kali ketiga pejabat ini disimbah cat yang berwarna
hitam. Semuanya berlaku di dalam bulan ini iaitu pada 5,10 dan 12
Februari. Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan apa motif di
sebalik kejadian ini,” katanya ketika dihubungi DetikPerubahan.com di
sini, malam tadi.
Menurut Syed Ahmad, beliau percaya kejadian
ini berlaku di antara jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi kerana pada
waktu itu kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.
“Apek (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini. Sebelum ini
kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi kali ini kami
menemui satu bungkusan plastik cat yang boleh dijadikan bahan bukti
untuk mengesan pelakunya,” katanya.
Sehubungan itu, beliau dan
majikannya, Khairul Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat
Polis Kota Bharu kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk siasatan
lanjut.
“Saya dan Apek telah membuat laporan polis dan kami
menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini. Kami akan
memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membangtu
menyelesaikan kes ini,” katanya.
Katanya, apa yang membimbangkan mereka ia keselamatan Khairul Fahmi.
“Apek bimbang juga bila berlaku kejadian macam ni…takut dicederakan.
Sebab itu jugalah kami membuat laporan polis. Tetapi rasanya tak ada
masalah lagipun Apek sekarang sudah ada pengawal peribadi.
“Ke mana saha dia pergi dia bersama pengawal peribadinya,” katanya