Friday, 24 February 2012

Malaysia tak pasti tuan rumah Piala Suzuki AFF

HASRAT skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini bakal terjejas apabila Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang pada awalnya dijadual menjadi gelanggang rasmi saingan peringkat kumpulan kemungkinan terpaksa ditutup bagi tujuan baik pulih bumbung yang kini mengalami kerosakan.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad selepas dimaklumkan pihak pengurusan stadium, Kompleks Sukan Negara (KSN). Situasi itu tampak merugikan kepada pasukan kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal yang mengharapkan sokongan padu Ultras Malaya bagi misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi buat kali pertama pada 2010. Namun Azzuddin berkata, pihaknya akan berusaha mencari jalan penyelesaian agar hak penganjuran bersama Thailand tahun ini tidak akan dilepaskan begitu saja. “Stadium ini bukan di bawah kawalan FAM, kita hanya boleh merayu dan mendapatkan pertimbangan sewajarnya daripada pihak kerajaan,” katanya. Ini kali kedua Malaysia mendapat hak selaku penganjur piala paling berprestij di rantau ini selepas menjadi tuan rumah bersama Vietnam pada 2004 yang menyaksikan skuad negara menamatkan kempen di tempat ketiga.

Ternyata masalah dialami FAM ini memberikan perkhabaran gembira buat Persekutuan Bola Sepak Filipina yang menyatakan minat menjadi tuan rumah pada Disember 2010, namun mesyuarat Ahli Majlis AFF pada 19 Februari 2011 memutuskan untuk memberikan hak penganjuran kempen peringkat kumpulan kepada Malaysia dan Thailand. Masalah ini juga kini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. “Saya akan melihat perkara ini kerana belum mendapat maklumat terperinci apakah baik pulih itu membabitkan struktur bumbung atau ia boleh ditangguhkan kerana ia juga membabitkan prosedur kewangan,” katanya.
SNBJ yang turut ditutup pada pertengahan tahun lalu bagi memberi laluan kepada kerja baik pulih trek menjadi saksi kejayaan skuad negara apabila menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan final pertama sebelum tewas 1-2 di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi kedua. Namun Malaysia tetap berjaya menjulang kejuaraan pertama sejak Piala AFF diperkenalkan pada 1996 menerusi agregat 4-2.

Sumber | myMetro

Thursday, 23 February 2012

Butler Direhatkan

Ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler direhatkan sementara oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bermula hari ini.


Menurut Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim, tempoh rehat yang diberikan kepada Butler bukan pengantungan penuh kerana jurulatih yang berasal dari England itu masih menikmati pelbagai faedah seperti yang termaktub dalam kontraknya bersama The Red Warriors.

Kita hanya merehatkan Butler dari melatih pasukan dan bukannya mengantung beliau, jelasnya.

Sebagai ganti, penolong jurulatih iaitu Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsudin akan mengambil alih melatih pasukan  sehingga perkembangan terkini akan diberitahu kelak. -RedsfcNews-

kedudukan carta PIALA PRESIDEN


Jom Pakat Serbu Kota Singa


Monday, 20 February 2012

MARCH SCHEDULE

 
04/03/12 Kelantan vs N.Sembilan | MSL
07/03/12 Kelantan vs Navibank Saigon | AFC CUP
10/03/12 Kelantan vs K.Lumpur | 2nd round FA CUP
17/03/12 Perak vs Kelantan | MSL
21/03/12 Ayeyawady United vs Kelantan | AFC CUP
24/03/12 FA Cup Quarter Final 1st Leg
27/03/12 FA Cup Quarter Final 2nd Leg
31/03/12 Kelantan vs Felda United | MSL

Liga Super 2012 | 04.03.2012


PIALA FA 2012


Sunday, 19 February 2012

Utusan Online | Kelantan mara, NS tersingkir

PENYERANG Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha terjatuh akibat diasak pemain pertahanan Sarawak dalam perlawanan Piala FA di Stadium Sultan Mohammad IV , Kota Bharu semalam.

KUALA LUMPUR - Pemain gantian, Farhan Muhammed muncul penyelamat Kelantan, apabila jaringannya pada masa kecederaan membawa juara Liga Super itu ke pusingan kedua Piala FA selepas bangkit menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.
Penyandang juara, Terengganu dan juara lima kali, Selangor juga mara menerusi kemenangan selesa 4-0 ke atas lawan masing-masing, manakala T-Team turut layak dengan menundukkan Johor 2-0.
Dalam saingan di Kota Bharu, Kelantan nyaris diheret ke masa tambahan apabila terikat 1-1 selepas 90 minit perlawanan, malah dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat pada minit ke-20 menerusi Azizan Baba, sebelum Indra Putra Mahyudin menyamakan kedudukan di minit ke-33.
Begitupun Farhan yang dibawa masuk pada babak kedua, meledakkan gol kemenangan seminit selepas saingan memasuki masa kecederaan, sekali gus membawa Kelantan menempah pertemuan dengan Kuala Lumpur, yang menumpaskan Majlis Perbandaran Muar 3-0 di Stadium Hang Jebat.
Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Selangor nyata bukan tandingan Shahzan Muda apabila dua jaringan Safiq Rahim (minit ke-66, 74), penyerang import, Basko Balaban (25) dan gol ke-100 ketua pasukan, Amri Yahya pada minit ke-82 membantu mereka menang besar 4-0.
Selangor akan menentang Johor FC, yang mengejutkan Negeri Sembilan dengan menumpaskan skuad Hobin Jang Hobin 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Kedua-dua jaringan pelawat menerusi Arthuro Bernhat pada minit ke-24 dan 79, manakala gol tuan rumah dijaringkan Jean Emmanuel Effa Owana minit ke-29.
Terengganu pula mengesahkan pertemuan dengan Perak selepas membelasah PDRM 4-0 hasil dua jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-37 dan 65, diikuti Abdul Hadi Yahya (9) dan Francis Doe pada minit ke-79.
Lions XII (Singapura) dan Preach Khan Reach dari Kemboja meneruskan saingan ke pusingan kedua.
Lions XII menjinakkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 3-0 di Stadium UiTM, Shah Alam untuk bertemu Betaria FC yang menumpaskan Melaka 4-0, manakala Preach Khan Reach menang tipis 2-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menempah pertemuan dengan Kuala Lumpur SPA yang menewaskan MBJB FC 3-0.
Di Stadium Utama, Kangar, Perlis selesa menumpaskan SDM Kepala Batas 3-0.

Keputusan Penuh Piala FA Sehinnga 18.02.2012


Friday, 17 February 2012

Habuan Besar Buat Pemain TRW


Butler Nafi Letak Jawatan, Perlu Masa Nilai Pemain Import


KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, Peter Butler menafikan khabar angin mengenai peletakan jawatan beliau selepas pasukan bimbingannya tewas 1-2 kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Sambil menyifatkan berita tersebut tidak berasas, Butler berkata tidak ada sebab untuk beliau melepaskan jawatan yang disandang lebih tiga bulan lalu meskipun banyak spekulasi bertiup kencang mengenai tekanan yang dihadapinya sebelum ini.

“Saya tidak tahu macam mana berita ini (peletakan jawatan) boleh timbul. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan pemain dan pihak pengurusan. Malah saya mempunyai reputasi yang baik membimbing pasukan ketika ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Tetapi sekiranya pihak pengurusan tidak memerlukan khidmat saya, mereka boleh melakukannya (memecat) tetapi mereka kena tahu saya seorang yang sentiasa bekerja keras untuk membangunkan pasukan ini.

Jurulatih kelahiran Halifax, England itu dilihat mengeluarkan kenyataan berunsur tidak berpuas hati sejurus perlawanan menentang Selangor berakhir apabila mempertikaikan tindakan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyenaraikan pemain import baru tanpa berbincang dengan beliau terlebih dahulu.

“Saya perlu berfikir mengenai perkara ini dan berbincang dengan pihak pengurusan dengan cara baik. Ia sesuatu yang mengecewakan tetapi apa yang boleh saya buat. Saya mempunyai kontrak selama dua tahun dan ia menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk Kelantan menjadi sebuah pasukan yang mantap,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi kedua-dua pemain import, Butler berkata Obinna Nwaneri masih dalam proses mencapai tahap kecergasan yang optimum sementara Onyekachi Nwoha masih dalam pemantauannya dan belum mencapai prestasi sebenar.

“Saya baru melihat aksi pemain ini (Onyekachi Nwoha) hanya 30 minit dalam perlawanan dengan Selangor. Jadi saya tidak boleh memberi komen lebih lanjut. Apa yang sama lihat dia bagus tapi masih belum membentuk persefahaman dengan rakan sepasukan lain.

“Kalau dia sudah seminggu bersama pasukan ini, itu lain cerita. Tetapi dia baru menyertai pasukan ini dan saya memerlukan masa untuk menilai keupayaannya. Apa yang penting kita kena bekerja keras kerana menghadapi Sarawak dalam perlawanan pusingan pertama kalah mati Piala FA Sabtu ini,” katanya.

Sumber | Kelate.Net

Thursday, 16 February 2012

Debut Pertama Onyekachi Nwoha.

Penyerang import asal Nigeria, Onyekachi Nwoha melakukan debut pertama bersama pasukan Kelantan ketika tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Pemain yang pernah beraksi dengan kelab Ukrainian dimasukkan pada babak kedua namun gagal memberi impak untuk membantu Sang Kijang mencari jaringan.

Malahan aksi yang ditunjukkan pemain ini turut dipertikaikan penyokong kerana langsung tidak berupaya membantu pasukan saat ketinggalan dua jaringan kepada Selangor.

Bagaimanapun, dengan pintu perpindahan pemain sudah tertutup rapat, Nwoha begitu diharapkan untuk menajamkan lagi jentera serangan Kelantan yang kini hanya mengharapkan sentuhan penyerang tempatan seperti Norshahrul Idlan Talaha. -RedsfcNews-

T-Team Hancurkan Harapan Hashim.

Impian Hashim Mustapha untuk melihat anak buahnya mencapai kemenanga ketiga tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada T-Team di Padang C, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, petang tadi.


Turun dengan skuad terbaik yang dimiliki, Kelantan dikejutkan dengan jaringan pertama tuan rumah melalui penyerang mereka, Muhamad Shahrin pada minit ke-5.

Mereka hampir menambah jaringan sejurus selepas itu namun cubaan cantik melalui Shahrin berjaya ditepis keluar penjaga gol Kelantan.

Tanpa disangka, bermula dengan satu serangan balas, Kelantan menyamakan kedudukan melalui Muhamad Asif pada minit ke-23.

Selepas jaringan tersebut, perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan untuk menambah jaringan.

Bersambung babak kedua, bagaikan mendapat tonik baru, T-Team melancarkan banyak serangan pantas ke arah kubu President Warriors.

Usaha mereka akhirnya berhasil apabila Muhamad Shahrin bijak memanfaatkan peluang terhidang untuk meletakkan bola ke dalam jaring untuk gol kedua pada minit ke-68.

Jaringan tersebut menyemarakkan semangat tuan rumah untuk terus melakukan serangan ke kubu pelawat.

Bagaimanapun, pemain Sang Kijang menyerap asakan untuk turut melancarkan serangan balas tetapi pihak lawan pula sering merebahkan badan untuk melambatkan masa perlawanan.

Keadaan bertambah tegang setelah beberapa pemain mula melakukan tindakan kasar memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada Aris Zaidi.

Pada saat akhir, Aris hampir menyamakan kedudukan selepas berjaya meloloskan diri dari kawalan tiga pertahanan T-Team namun sepakan kencang dari jarak dekat sedikit sahaja tersasar biarpun penjaga gol tuan rumah sudah tertewas.

Dengan kekalahan ini, Kelantan turun takhta teratas saingan Liga Piala Presiden Malaysia kumpulan A. -RedsfcNews-

Sumpahan Piala FA, siapa mangsa seterusnya?

 
Saingan Piala FA Malaysia musim 2012 akan bermula esok hari dengan perlawanan pusingan pertama dan tunggal yang melibatkan pasukan Kejor Yob Kejor, Perak menentang ‘Manchester City Malaysia’ a.k.a ATM FA di Stadium Perak, Ipoh. Baki perlawanan pusingan pertama ini akan diteruskan pada hari Sabtu dan juga beberapa perlawanan lagi pada hari Ahad.

Jika di saingan Piala FA Inggeris, saingan merebut kejuaraan ini sememangnya ‘berhantu’ apabila banyak kelab-kelab/pasukan-pasukan ternama tewas mengejut kepada kelab-kelab divisyen dua dan tiga sesebuah negara itu. Namun jika disingkap kembali faktor kekalahan itu, ternyata sikap ‘terlalu mengambil mudah’ adalah punca utama kekalahan mereka.

Jika disingkap perjalanan kejohanan Piala FA musim 2011, Juara dan Naib Juara Piala FA musim 2010, Negeri Sembilan dan Kedah nyata telah terkena sumpahan kejohanan kalah mati ini apabila tersingkir awal di pusingan pertama apabila gagal untuk menewaskan lawan masing-masing.

Diharapkan saingan yang akan bermula esok hari ini digunakan dengan sebaik mungkin oleh pasukan-pasukan kurang ternama terutamanya daripada pasukan negeri seperti Pulau Pinang dan juga Melaka bagi membuktikan bahawa mereka mampu untuk bersaing dalam saingan Liga M 2012.

Kepada pasukan-pasukan ‘besar’ pula, jangan terlalu mengambil ringan saingan yang bakal diberikan pasukan-pasukan bawahan kerana penyokong sudah pasti tidak dapat menerima kekalahan itu ditambah pula jika pihak pengurusan memberikan alasan ‘tidak menurunkan pasukan terkuat’.

Jika tidak silap penulis, piala untuk kejohanan ini akan dibuat yang baru dan piala yang lama akan disimpan terus oleh pemenang kejohanan musim 2011 iaitu Terengganu. Akhir kata, selamat bertanding kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam saingan Piala FA Malaysia musim 2012 daripada kami, admin page Bolasepak Malaysia.
 

KAFA Anjur Karnival ARMY


Berikut adalah jadual Karnival Army dan perlawanan persahabatan The Red Warriors yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan kerjasama daripada pihak penaja.

Menurut pengumuman yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar Musa, karnival dijangka akan diadakan pada 25 Februari bertempat di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Pada hari berkenaan banyak aktiviti diadakan khusus buat semua penyokong pasukan Kelantan termasuklah cabutan bertuah ke Manchester United kepada seorang pemenang bertuah pada perlawanan persahabatan diantara pasukan Kelantan menentang Kelab Thailand. 

Jadual Karnival

Pagi
8.00 pagi : Perasmian Perlawanan/karnival ARMY dan Pameran.
8.30 pagi : MOU Stadium Baru.
10.30 pagi : Gasing Terbang.

Malam
8.30 malam : Perlawanan Pertunjukan VVIP melawan Selebriti Tanahair (Hot FM).
9.15 malam : The Red Warriors melawan Kelab Thailand

Sumber : redsfcnews


President Warriors Turun Pertemuan Ketiga


Skuad Liga Simpanan Kelantan, President Warriors turun aksi ketiga Liga Presiden Malaysia 2012 menentang T-Team FC di Kompleks Sukan Gong Badak, petang ini.
T-Team junior bukan satu lawan yang mudah namun jika diambil kira rekod pertemuan musim lepas di gelanggang lawan, Sang Kijang dijangka tidak melalui laluan sukar.

Menurut sumber pasukan yang ditemui, kesemua pemain utama bebas dari masalah kecederaan serta pengantungan dan pemain seperti Aris, Asif dan Norsyahrul bakal diturunkan dalam kesebelasan pemain pada perlawanan petang nanti.

Masih segar dengan dua kemenangan yang diraih pada perlawanan sebelum ini, anak buah Hashim Mustapha wajib mencatatkan pungutan tiga mata ke atas T-Team untuk terus kekal menerajui carta kumpulan.

Pada perlawanan sebelum ini, President Warriors mengutip mata penuh dalam dua perlawanan selepas membenam cabaran SSTMI 1-0 dan SDM Pulau Pinang dengan 3-0. 

Sumber : redsfcnews

Lelaki cedera parah diserang penyokong bola Selangor

TUAN ROZAIMI yang cedera dibaling batu-bata masih belum sedarkan diri ketika ditemui di PPUKM, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang penyokong pasukan bola sepak Kelantan didakwa menjadi mangsa serangan peminat fanatik Selangor apabila dahi dan tengkoraknya retak dibaling dengan batu-bata sebaik sahaja perlawanan di antara kedua-dua pasukan itu tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini kelmarin.

Ekoran kejadian itu, Tuan Mohd. Rozaimi Tuan Kuning, 37, terpaksa menerima 10 jahitan dalam kejadian yang didakwa berlaku pada pukul 11 malam.

Ejen sebuah syarikat pelancongan itu kini berada dalam keadaan separuh sedar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini. Dalam perlawanan itu, Selangor menang dengan keputusan 2-1.

Rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Zulkifli, 30-an, memberitahu, sebelum kejadian, dia bersama mangsa dan sebilangan penyokong Kelantan berjalan keluar ke pintu pagar selepas perlawanan tamat.

Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi benda dibaling dan apabila ditoleh dia melihat Tuan Rozaimi terduduk sambil memegang dahinya.

"Saya juga lihat sebiji batu-bata bergolek di sebelahnya. Pada masa sama, darah mengalir keluar melalui hidung dan luka di dahi Tuan Rozaimi.

Sumber : kosmo

Wednesday, 15 February 2012

Jadual Penuh Piala FA : Peringkat Pertama


Penyokong Selangor membaling batu ke Penyokong Kelantan | 14.02.2012


Apa Da Jadi?

"Saya tak mahu komen, saya tak tahu (kenal) dia, saya tengok dia 30 minit buat kali pertama malam ni, saya cuma berdiri di sini, bukan saya yang evaluate dia, itu bukan tugas saya, apa yang saya nampak ya dia bagus, workrate bagus, tapi belum ada persefahaman dalam team. kalau dia dah satu minggu dalam team saya boleh nilai dia, dia masuk secara tiba-tiba, kuasa bukan di tangan saya. Apa saya boleh buat? Saya perlu hormat keputusan pengurusan. Tetapi saya tak tahu apa peranan saya di sini, saya selalu tertanya-tanya, dan sudah penat bertanya soalan sama. Saya jurulatih dengan prinsip yang tinggi, pergi mana-mana orang hormat saya, tapi saya perlu adil dan jujur dengan diri saya, kalau saya tak boleh kerja macam saya mahu, saya mesti tanya beberapa soalan (kepada pengurusan)…”. – Peter Butler

Jawapan Tan Sri Anuar Musa Mengenai Peletakan Jawatan Bulter









Peter Butler akan meletakkan jawatan

Peter Butler akan meletakkan jawatan

Jurulatih Kelantan, Peter Butler akan meletakkan jawatan, besar kemungkinan sebelum hujung bulan ini. Khabar tentang kemungkinan Butler akan meletakkan jawatan diberitahu beberapa jam sebelum perlawanan hari Selasa dengan Selangor di Stadium Bukit Jalil dan difahamkan bahawa walaupun Kelantan yang penuh dengan pemain berbakat dan menduduki tempat teratas Liga Super Malaysia, Butler akan meletakkan jawatan lebih awal dari yang dijangkakan kerana terdapat campur tangan pihak atasan Kelantan FA.

Sumber-sumber dari Kelantan telah mendedahkan bahawa Butler yang kini menjadi jurulatih di Kelantan untuk kedua kalinya, sangat tidak senang dengan gangguan dari Presiden Kelantan FA, Tan Sri Annuar Musa dimana beliau telah menandatangani dan membatalkan pendaftaran pemain import tanpa meminta pandangan Peter Butler yang memegang jawatan sebagai jurulatih pasukan. 

Tan Sri Annuar Musa yang kini juga Timbalan Presiden Football Association of Malaysia (FAM) dipercayai mahukan peranan yang lebih dalam pemilihan pasukan, dengan sumber-sumber mengatakan bahawa beliau hanya akan mendapat peranan itu jika Butler bukan lagi jurulatih kelab. 

Menurut sumber-sumber ESPNSTAR.my, Kelantan sudah memulakan pencarian pengganti Butler dan bekas jurulatih Kelantan Dato' M. Karathu dikatakan akan kembali menjadi jurulatih pasukan Kelantan. 

Pendedahan mengejutkan ini diberitahu hanya beberapa hari selepas Kelantan kembali ke puncak Liga Super Malaysia selepas menang 2-1 dengan Terengganu di Kota Bharu. Kemenangan itu dikatakan berjaya menafikan segala kririkan hebat terhadap kewibawaan Butler sebagai jurulatih. 

Kelantan, juara bertahan Liga Super Malaysia masih lagi belum tewas musim ini, menang lima perlawanan dan seri dua kali dalam tujuh perlawanan.

Sumber | espnstar.my

Kejadian Berdarah

Fans kelantan ini dikatakan dibaling objek oleh penyokong selangor.



Gapo nok jadi lar, mene pn wak peranga jugok..kaloh apotoh lagi..minat bola gapo dio gnie..nyaknyo molek ko dio ni..mitok2 xteruk lar..arap2 penyokong dop buat lar kijo bodo gnie..gapo hok buleh nyo..doso ado lar..erm >.<

Monday, 13 February 2012

Rekod 12 perlawanan terakhir antara KELANTAN & SELANGOR :

2009 : Selangor [3] – [0] Kelantan | Pusingan 1 Liga Super | SSA
2009 : Kelantan [1] – [1] Selangor | Pusingan 2 Liga Super | SNBJ
2009 : Kelantan [1] – [1] Selangor | Akhir Piala FA | SNBJ * Selangor Menang

2010 : Kelantan [0] – [0] Selangor | Pusingan 1 Liga Super | SSMIV.
2010 : Selangor [1] – [1] Kelantan | Pusingan 2 Liga Super | SSA
2010 : Selangor [0] – [0] Kelantan | Suku Akhir 1 Piala Malaysia | SSA
2010 : Kelantan [3] – [0] Selangor | Suku Akhir 2 Piala Malaysia | SSMIV

2011 : Selangor [0] – [2] Kelantan | Pusingan 1 Liga Super | SSA [Sumbangsih]

2011 : Kelantan [1] – [0] Selangor | Pusingan 2 Liga Super | SSMIV
2011 : Selangor [1] – [5] Kelantan | Separuh Akhir 1 Piala FA | SSA
2011 : Kelantan [1] – [1] Selangor | Separuh Akhir 2 Piala FA | SSMIV
2011 : Selangor [0] – [1] Kelantan | Pra Piala Malaysia | SSA

* Kelantan menang : 5 kali ---> 2 kali di SSMIV & 3 kali di SSA

* Selangor menang : 2 kali ---> 1 kali di SSA & 1 kali di SNBJ

* Seri : 5 kali ---> 2 kali di SSMIV, 2 kali di SSA & 1 kali di SNBJ

Pejabat Apek Disimbah Cat


KOTA BHARU – Tidak cukup difitnah menjadi punca putus tunang seorang gadis, kali ini penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 berhadapan dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd di Jalan Sri Cemerlang dekat sini disimbah cat.

Menurut Pengurusnya, Syed Ahmad Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pekerjanya sewaktu mereka tiba di pejabat pagi semalam.

Katanya, mereka amat terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.

“Ini merupakan kali ketiga pejabat ini disimbah cat yang berwarna hitam. Semuanya berlaku di dalam bulan ini iaitu pada 5,10 dan 12 Februari. Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan apa motif di sebalik kejadian ini,” katanya ketika dihubungi DetikPerubahan.com di sini, malam tadi.

Menurut Syed Ahmad, beliau percaya kejadian ini berlaku di antara jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi kerana pada waktu itu kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.

“Apek (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini. Sebelum ini kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi kali ini kami menemui satu bungkusan plastik cat yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mengesan pelakunya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau dan majikannya, Khairul Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.

“Saya dan Apek telah membuat laporan polis dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membangtu menyelesaikan kes ini,” katanya.

Katanya, apa yang membimbangkan mereka ia keselamatan Khairul Fahmi.

“Apek bimbang juga bila berlaku kejadian macam ni…takut dicederakan. Sebab itu jugalah kami membuat laporan polis. Tetapi rasanya tak ada masalah lagipun Apek sekarang sudah ada pengawal peribadi.

“Ke mana saha dia pergi dia bersama pengawal peribadinya,” katanya

Butler puji aksi mantap Nurul a.k.a Awe

Bermain cemerlang ketika bantu Kelantan tewaskan Terengganu 2-1 PEMAIN sayap kiri Kelantan, Nurul Azwan Roya mendapat pujian daripada ketua jurulatihnya, Peter James Butler selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Kelantan menewaskan Terengganu 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

Nurul Azwan berkata, dia tidak menyangka akan disenaraikan dalam kesebelasan utama namun selepas diberi kepercayaan daripada jurulatih, pemain berasal dari Pasir Puteh itu tekad membuktikan kemampuan supaya tidak menghampakan pasukan.

Pemain dari Pasir Puteh dikenali dengan kelincahannya membantu The Red Warriors di bahagian tengah selain ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dan Mohd Shakir Shaari untuk mencipta ruang bagi mengasak kubu Terengganu.

“Saya hanya melaksanakan arahan jurulatih dan berusaha memastikan Kelantan tidak tewas kepada Terengganu selain tidak mahu menghampakan penyokong yang pastinya mahu melihat permainan terbaik daripada pemain.

“Saya akan cuba mengekalkan prestasi cemerlang ini berikutan Kelantan bakal berdepan Selangor, Selasa ini (esok),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Butler juga menganggap persembahan mantap daripada Nurul yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan terbabit menjadi faktor penting di sebalik kejayaan Kelantan.

“Saya gembira dan berpuas hati dengan aksi Nurul malam ini dan saya tahu dia memang bagus pada perlawanan malam ini (kelmarin).

Sumber : Berita Harian

Kafa beri kata dua kepada pemain import


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberi tempoh sehingga hujung Mac ini kepada dua tonggak importnya, Mohammad Ghaddar dan Obinna Nwaneiri untuk meningkatkan prestasi jika mahu kekal dalam pasukan tersebut.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, pihaknya masih memberi ruang kepada kedua-dua pemain untuk membuktikan kemampuan sebelum mengambil tindakan berhubung masa depan mereka bersama The Red Warriors.

"Sekiranya kedua-dua pemain ini masih gagal membuktikan kemampuan mereka bersamaThe Red Warriors, kita akan bawa masuk pemain yang lebih baik untuk sesi pendaftaran baru pemain import, April nanti.
"Kita sedang menguji beberapa pemain import dalam usaha untuk memantapkan pasukan. Kelantan memerlukan pemain yang berkualiti kerana mereka mampu menjadi penentu kekuatan pasukan di masa akan datang," katanya ketika sidang akhbar di sini kelmarin.

Tambahnya lagi, selepas ini pihaknya akan membuat penilai sewajarnya sebelum mengambil pemain import baru.

"Kita akan pergi tengok pemain yang sedang beraksi dalam kelab sebelum diambil untuk beraksi bersama The Red Warriors. Selain itu, kita tidak mahu mengambil risiko mendapatkan pemain daripada ejen.
"Hal ini kerana, apa yang diberitahu ejen dengan aksi yang dipamer di atas padang berbeza dengan kehendak pihak pengurusan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, Kafa akan menganjurkan karnival bola sepak sempena ulang tahun pertama penubuhan Akademi Al - Hambra Red Warriors (Army).
Menurutnya, karnival tersebut dijangka berlangsung pada 25 Febuari ini bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV.

"Kita akan adakan perlawanan bola sepak antara pasukan Army bawah 14 dan bawah 16 untuk memilih juara karnival. Melalui perlawanan ini kita akan memilih pemain terbaik keseluruhan akademi bagi semua posisi.

"Apa yang lebih penting untuk tahun ini kita bercadang untuk menubuhkan pasukan di bawah kelolaan Kafa. Kita akan tubuhkan pasukan belia bawah 19 dan melalui karnival kita akan tubuhkan pasukan bawah 16 dan 14,'' katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Irfan Tekad Julang Selangor | Wait & See ^_^


Kito pakat tengok lar nati, buleh dop sek demo jule selangor tu. kecek sajo xguno..gapo2 tgu jah esok deyh ^_^

Sunday, 12 February 2012

Video | Kelantan 2-1 Terengganu | Liga Super 2012

NEXT GAME | PERLAWANAN KE-8


RUMUSAN PERLAWANAN 'EAST COAST DERBY' KELANTAN VS TERENGGANU

Kredit : Userun Photography
     Kelantan FA kembali merampas kedudukan teratas liga apabila berjaya membenam seteru utama pantai timur Terengganu FA dengan mencatatkan keputusan 2-1 sementara pendahulu sebelum ini Perak FA tersungkur pada wakil pantai timur T-Team 2-0.
     Jaringan Kelantan disempurnakan oleh Penyerang Sensasi Kelantan Norshahrul Idhlan Talaha (minit ke - 36) dan juga ketua pasukan Kelantan Mohd Badri Radzi (minit ke 51). Jaringan gol saguhati Terengganu pula disempurnakan oleh Ashaari Shamsudin pada masa tambahan separuh masa ke dua.
    Pada perlawanan ini, Kelantan dilihat menguasai perlawanan dan serba menjadi disemua sudut terutamanya bahagian tengah dan pertahanan. Bahagian tengah yang dikemudikan oleh Ketua pasukan begitu baik menguasai bola dikawasan lawan malahan Nurul Azwan Roya dan S. Chanturu mula mendapat kepercayaan daripada Ketua Jurulatih apabila memainkan peranan yang cukup berkesan dibahagian sayap sering mengucar kacirkan pertahanan Terengganu. Bahagian Pertahanan Kelantan dilihat begitu mantap dengan kehadiran pemain Import pertahanan Obinna  Nwaneri dan ternyata Apek tidak begitu diuji melainkan gol saguhati Terengganu pada minit akhir perlawanan. 
    Ternyata malam ini Kelantan boleh diklasifikasikan permainan 'Berkelas Dunia' apabila pemain begitu teratur menyerang dan begitu ampuh bertahan apabila diasak. Jika corak dan kesebalasan utama ini dikekalkan, insyallah kita akan menemui semula rentak sang juara. 
    Apa-apapun, masa masih panjang untuk menceritakan segala-galanya. Pertemuan dengan musuh utama baru bermula dan akan menyunsur sebagai penghalang utama kita adalah Selangor dan Negeri Sembilan. Diharap pemain kita lebih bersemangat lagi untuk mengekalkan kejuaraan Liga Malaysia di negeri Kelantan. 
Insyallah.

Biodata Team Kelantan FA


Nama: Khairul Fahmi bin Che Mat
Tarikh Lahir: 7 Januari 1989 (23 tahun)
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Tinggi: 1.71 m
Posisi: Penjaga Gol
Nombor Jersey: 19
Nama: Norshahrul Idlan bin Talaha
Tarikh lahir: 8 Jun 1986 (25 tahun)
Asal: Besut, Terengganu
Tinggi: 1.67 m
Posisi: Penyerang
Nombor Jersi: 9
Nama:Subramanian s/o Sooryapparad
Tarikh Lahir: 31 Ogos 1985 (26 tahun)
Asal: Perak
Tinggi: 1.73 m
Posisi: Pertahanan Tengah
Nombor Jersi: 3
Nama: Mohammed Mahmoud Ghaddar
Tarikh Lahir: 1 Januari 1984 (28 tahun)
Asal: Lebanon
Tinggi: 1.88 m
Posisi: Penyerang
Nombor Jersi: 22
Nama: Mohd Nurul Azwan bin Roya
Tarikh Lahir: 25 Jun 1986 (25 tahun)
Asal: Pasir Puteh, Kelantan
Tinggi: 1.65 m
Posisi: Sayap Kiri
Nombor Jersi: 12
Nama: Mohd Badhri Mohd Radzi
Tarikh Lahir: 2 Jun 1982 (29 tahun)
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Tinggi: 1.73 m
Posisi: Midfielder
Nombor Jersi: 16

Nama: Dennis Agyare Antwi
Tarikh Lahir: 12 Januari 1993 (19 tahun)
Asal: Accra, Ghana
Tinggi: 1.83 m
Posisi: Penyerang
Nombor Jersi: 18
NAMA : Bojan Hodak
TARIKH LAHIR : 4 May 1971
TEMPAT LAHIR : Zagreb, Croatia, Croatia
TUGAS : Pengurus Pasukan & Ketua Jurulatih
KERJAYA BELIA : NK Trnje (1987-1990)

PASUKAN BERTUGAS
2000-2002 : Littleleaguesoccer Singapore (Belia Akademi)
2002 : NK Trnje Zagreb (Sekolah Belia)
2002-2005 : Little League Malaysia
2006-2009 : UPB-MyTeam FC
2010-2011 : Phnom Penh Crown
2011-2012 : Shandong Luneng (Penolong Jurulatih)
2012- : Kelantan FA

Kedudukan Terkini Carta Liga Super 2012 | 11-02-2012

Thursday, 9 February 2012

Top 5 penjaring Liga Super Malaysia 2012

Top 5 penjaring Liga Super Malaysia 2012 selepas tamat perlawanan ke-6 :

1. Zairo Anuar Zailani (TT) - 6 Gol
2. Francis Forkey Doe (TER) - 5 Gol
3. Norshahrul Idlan Talaha (KEL) - 4 Gol
4. Jean Emmanuel Effa Owona (NS) - 4 Gol
5. Ahmad Shakir Ali (NS) - 4 Gol

Al Jabbar Penaja Rasmi Jersi The Red Warriors


SYARIKAT kesihatan Al Jabbar Group mengorak langkah apabila menjadi penaja rasmi jersi pasukan Kelantan yang akan bertanding dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Mac depan.

Sebagai satu-satunya penaja rasmi jersi Kelantan di Piala AFC, pemain The Red Warriors akan menyarung jersi hitam dan putih yang tertera logo Al Jabbar dalam mana-mana pertandingan AFC yang disertai pasukan itu di peringkat Asia.
Pelancaran jersi itu dilakukan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam sebelum perlawanan persahabatan antara Kelantan menentang kelab dari Singapura, Balestier Khalsa FC. Pegawai Khas Al Jabbar Group, Abdul Mizal Abdul Majid berkata pihaknya bersetuju meneruskan tajaan musim ini berdasarkan prestasi The Red Warriors.

“Kita bersetuju menaja pasukan Kelantan pada musim ini dengan menyumbang jersi yang akan digunakan dalam pertandingan peringkat Asia. Selain itu, kami juga akan mengeluarkan aksesori seperti topi dan jaket,” katanya. Abdul Mizal berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha syarikat berkenaan untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kebangkitan bola sepak negeri itu dan akan terus bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Katanya, Al-Jabbar mempunyai hak eksklusif menjual jersi terhad itu di semua butik mereka di seluruh Malaysia.

“Kepada pembeli jersi, cabutan bertuah akan dibuat dan seorang atau dua pemenang akan dibawa menonton perlawanan AFC di luar negara yang membabitkan pasukan Kelantan,” katanya.

Sumber |Kelate.Net

Wednesday, 8 February 2012

Kedudukan Terkini Carta Liga Super 2012


LIGA SUPER 2012 – KELANTAN RAIH 1 MATA BERHARGA


The Red Warriors gagal meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Super selepas hanya sekadar seri 0 – 0 bertemu pasukan Sabah FA di Stadium Likas malam tadi. Pada perlawanan tersebut kelebihan banyak berpihak kepada pasukan Sabah FA dengan melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang The Red Warriors namun kecekapan Khairul Fahmi Che Mat banyak menggagalkan usaha tuan rumah untuk memburu gol. Kelantan juga berpeluang menjaringkan gol namun Jentera Serangan Kelantan yang diketuai oleh Shahrul Idlan Talaha dan Mohammed Ghaddar dilihat agak tumpul. Tamat 90 minit perlawanan menyaksikan Kelantan meraih 1 mata berharga di tempat lawan.Perlawanan Liga Super seterusnya ialah bertemu Terengganu FA pada 11 Februari 2012 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.

Sumber  : KelantanFA.com

Keputusan Kelantan VS Sabah


AL- FATIHAH


Salam takziah kepada keluarga Naib Presiden KAFA, Datuk Othman Zakaria yang menghembuskan nafasnya yang terahir semalam. AL-Fatihah

Jadual Perlawanan Liga Super 08/02/2012


Liga Super 2012


Tuesday, 7 February 2012

Kelantan Uji Bekas Pemain Real Madrid


Pasukan Kelantan FA bakal menguji bekas pemain remaja Real Madrid iaitu Diego Leon bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi Saingan Piala AFC 2012 yang dijangka bermula pada bulan Mac ini.


Diego Leon yang berusia 28 tahun ialah pemain yang berasal dari Sepanyol dan bermain di posisi tengah. Beliau juga adalah bekas pemain pasukan kebangsaan Sepanyol bawah 17 tahun.


Selain Diego Leon, KAFA juga bakal menguji pemain dari Portugal iaitu Miguel Tavares Veiga De Pina yang berusia 30 tahun. Pemain ini berupaya bermain di posisi penyerang.



Sumber : kelantanfa.com