PRESIDEN memulakan sidang media dengan menyentuh keluhan-keluhan dari persatuan bola sepak negeri yang disampaikan secara lisan kepada beliau. Beliau meminta persatuan-persatuan dan ahli gabungan FAM menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan masalah masing-masing supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya.
Hasrat Young Lions hendak menyenaraikan pemain-pemain senior mereka dalam skuad sepatutnya tidak berlaku kerana penglibatan mereka sepatutnya melibatkan hanya skuad B23, seperti penglibatan timbal balik Harimau Muda di dalam Liga S.
Menyentuh tentang persiapan pasukan Kelantan, Presiden mengucapkan rasa syukur kerana dapat memanfatkan bulan November untuk sesi latihan dan mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan.
Perlawanan-perlawanan berkenaan sememangnya melibatkan pemain baru dan pemain muda untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baru menunjukkan kebolehan mereka dan untuk perancangan jangka masa panjang persatuan.
Bulan Disember, pasukan akan menjalani fasa ke 2, di mana penyertaan pemain import dan pemain baru disahkan untuk pendaftaran. Pemain-pemain ini akan diturunkan untuk beraksi dalam baki perlawanan-perlawanan persahabatan.
Tiada lagi proses mencuba pemain-pemain baru. Fasa ke 2 akan memberi penekanan untuk membina keserasian corak dan teknik permainan di kalangan pemain. Rentak permainan akan diseragamkan mengikut adunan yang mampu membuat pasukan menjadi yang terbaik.
Perlawanan-perlawanan persahabatan semasa fasa ke 2 akan memfokuskan pasukan kepada persediaan pertemuan Piala Sumbangsih dan Liga Malaysia.
Dua perlawanan persahabatan, menentang T- Team pada 10 Disember dan Terengganu pada 31 Disember telah diatur berlangsung di Kota Bharu. Persatuan juga telah menerima persetujuan lisan untuk satu perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Juara Liga Qatar, tarikh pertemuan akan dimaklumkan kemudian.
Persatuan juga bercadang membawa pasukan ke Utara pada pertengan bulan Disember untuk sesi perlawanan persahabatan di sana.
Tiga (3) pemain import telah dimuktamadkan untuk menyertai pasukan Musim 2012. Mereka, Emmanuel Okine, Denny Antwi dan Mohamed Ghaddar akan didaftarkan untuk membantu pasukan dalam kempen Liga Malaysia dan Kejohanan AFC.
Persatuan juga mengambilkira pendedahan berterusan pemain-pemain yang tidak tersenarai di dalam skuad baru. Nizad Ayub dan Khairan Ezuan Eroza akan dipinjamkan kepada Felda United FC, manakala Wan Zaman dan Zul Yusri Che Harun dipinjamkan kepada Perlis.
Persatuan juga akan membawa pulang pemain-pemain muda yang beraksi bersama Harimau Muda B untuk membantu dalam kempen mempertahankan Piala Presiden musim depan.
Menyentuh tentang kesediaan Stadium Sultan Muhammad Ke IV bagi persediaan Liga Malaysia dan AFC, Presiden memberitahu Jawatankuasa Pertandingan FAM telah menghantar surat pemberitahuan tentang penambahbaikan yang perlu kepada infrasturktur stadium. Persatuan akan memajukan surat berkenaan kepada Perbadanan Stadium Kelantan untuk dibincang dan diambil tindakan bersama.
Setiausaha Agong KAFA, Tuan Haji Azman Ibrhaim, akan berbincang dengan Jawatankuasa Pertandingan AFC berkenaan keperluan teknikal stadium untuk Kejohanan AFC. Peraturan teknikal AFC yang ketat mungkin mengakibatkan perlawanan-perlawanan AFC dipindahkan ke stadium lain.
Undian kumpulan AFC akan di adakan di Rumah AFC, di Kuala Lumpur apda 6 Disember 2011.
Menjawab soalan wartawan tentang kontraversi yang melanda Khairul Fahmi Che Mat, Menurut beliau, perkara-perkara yang dilapurkan mungkin betul dan mungkin juga tidak. Ia adalah perkara peribadi dan Kharul Fahmi perlu belajar cara-cara terbaik untuk berdepan dengan situasi demikian dan mengawal diri.
Beliau juga memberi teguran kepada pasukan yang meminta supaya tarikh pendaftaran pemain untuk Liga Malaysia 2012 dilanjutkan. Pada pandangan beliau, persatuan dan kelab tidak seharusnya menunggu saat-saat akhir untuk mengendalikan proses pemain pemain import yang sememangnya diakui agak rumit.
Sebagai perbandingan, katanya, KAFA sendiri telah memulakan proses berkenaan lima (5) bulan sebelum tamat Musim 2011.

* Sumber : Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)