Baik Khairul Fahmi, S.Subramaniam, Shakir Shaari, Indra Putra Mahyudin, Norshahrul Idlan mahupun pemain import, tiada tempat dalam pasukan bagi anda meskipun berstatus pemain bintang, andai tidak berupaya menampilkan persembahan setaraf gaji besar yang diterima!
Mungkin itulah mesej yang cuba disampaikan Ketua Jurulatih Kelantan, Peter James Butler, selepas menyaksikan pasukan simpanan bimbingannya menewaskan Kuala Lumpur 2-0 sebentar tadi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
“saya tidak kisah apa status mereka, bintang atau bulan (berseloroh), import atau tempatan, jika tidak berupaya menampilkan aksi yang bagus, tiada tempat buat mereka dalam pasukan, pasukan ini dibentuk untuk muncul juara, sebab itulah kita tawarkan kontrak besar kepada pemain..pemain import juga masih memberikan masalah, Ghaddar umpamanya tidak boleh bercakap English, Melayu, susah untuk berkomunikasi dengannya walaupun saya berpendapat bolasepak adalah universal language, Zakaria masih dalam proses trial dan saya tidak tahu apa statusnya nanti, Antwi perlu mempamer sesuatu yang lebih daripada malam ini”.
“saya tegas dalam hal ini, tiada pemain anak emas, pemain yang perform akan sentiasa mendapat peluang dan untuk itu juga, saya tidak akan keberatan untuk sentiasa memberi ruang kepada bakat-bakat baru, pemain muda untuk tampil membuktikan kehebatan mereka, pada saya usia muda bukan penghalang untuk mencipta nama sebagai seorang pemain, di negara saya pemain mendapat peluang seawal usia 14, 15 tahun, tak perlu tunggu 19, 20 tahun..”.
Meskipun sekadar aksi pemanas badan, Butler yang merehatkan sebilangan besar pemain yang beraksi ketika menentang Persebaya pada Jumaat, tetap menganggap perlawanan menentang skuad warga kota sebagai perlawanan penting memandangkan ia memberi ruang untuknya membina keserasian, membentuk kombinasi dan mencuba gandingan pemain yang berkesan, selain mencuba taktikal yang dirasakan sesuai untuk diterap.
“ya, saya tidak akan berhenti mencuba formasi 4-3-3, 4-4-2, atau apa jua formasi selagi tidak mendapat ilham dan nampak hasil yang baik, kita ada barisan pemain bagus, dan saya akan memastikan setiap mereka mempunyai peranan untuk dimainkan di dalam skuad Kelantan, kita akan perbaiki apa yang dilihat masih lemah, dan percayalah kita sedang menuju ke arah itu..”. – Peter James Butler.
Kredit Suasa Sukan Anda