Monday, 5 December 2011

FAKTA BUKAN AUTA



Fakta Bukan Auta : Tarikh dan tujuan Sebenar Pembinaan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Timbul perdebatan dalam kalangan penyokong Kelantan akan tarikh sebenar dan siapa yang bertanggungjawab tentang pembinaan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Pendapat popular mengatakan stadium keramat Negeri Cik Siti Wan Kembang dibina pada tahun 1967 tetapi ada juga mengatakan tarikh tersebut tidak tepat kerana ianya dikatakan terbina sepuluh tahun sebelum itu.

Berdasarkan carian yang dilakukan oleh Team Kelantan , pendapat sahih mengatakan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV yang sekian lama menjadi gelanggang rasmi pasukan Kelantan yang kini dikenali sebagai The Red Warriors dimulakan pembinaan selepas Piliharaya 1964 oleh Kerajaan Negeri pimpinan PAS.

Stadium ini dibina secara berperingkat diatas tanah seluas 13 ekar di atas tapak padang bola sepak Persatuan Bola Sepak Kelantan yang terletak di tengah pusat bandar Kota Bharu dengan peruntukan pertama sebanyak RM1.5 juta.

Pada permulaannya, stadium tidak mampu memuatkan lebih pada 20 ribu penyokong tetapi pembinaan termasuk menaikkan tempat duduk termasuk menambah tempat duduk berbumbung memberikan banyak tambahan kepada jumlah bilangan sebenar kapasiti yang mampu dimuatkan pada satu-satu masa.

Pada awal penubuhan, stadium ini diuruskan Persatuan Stadium Kelantan (PSS) dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan sehinggalah perubahan dilakukan dimana pihak Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) diberikan hak mentadbir perjalanan hal ehwal urus stadium.

Tujuan pembinaan ialah bagi menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti sukan kepada rakyat Negeri Kelantan selain dijadikan ruangan niaga kerana menurut maklumat yang diperoleh di Wikipedia mengatakan gelanggang tenis, trek balapan, kemudahan sukan, kemudahan perniagaan untuk disewakan seperti, gudang, ruang pejabat, tapak ekspo, kios dan tandas awam termasuk kemudahan tempat riadah seperti kawasan permainan kasut roda dan surau turut dibina berdekatan.


*Sumber : Team Kelantan