Sepanjang bermulanya kempen liga Super 2012, kita dapat saksikan peningkatan yang memberansangkan pada pasukan TRW. bermula dengan prestasi yang hambar dengan kekalahan pada Piala Sumbangsih kepada Negeri Sembilan amat mengejutkan dengan status juara bertahan.
TRW memulakan aksi dengan baik apabila mudah menjinakkan LION XII tetapi mula menggusarkan para penyokong apabila sekadar seri pada perlawanan kedua menentang PKNS Selangor 1-1. pada perlawanan berikutnya, TRW menukar corak pemainan dengan berhasil menundukkan JOHOR FC, KEDAH dan KUALA LUMPUR untuk merampas kedudukan teratas liga buat masa sekarang dengan reputasi satu-satunya pasukan dalam liga super yang belum kalah.
Tapi ini belum dapat membuktikan lagi kita berada dalam prestasi sebenar sebelum bertemu dengan persaing yang sebenarnya lagi. Bulan Februari adalah bulan yang amat genting bagi TRW apabila bertemu dengan SABAH pada 7HB, 'Derby Match' antara TRW dan Terengganu (membabitkan maruah dan status siapa layak bergelar jaguh no 1 Pantai Timur). Pada 14HB pula, permusuhan antara Selangor dan TRW akan berteruskan dengan Selangor yang dibimbing oleh Irfan Bakti bila-bila masa sahaja menunggu untuk menamatkan kemarau kekalahan kepada TRW (gah dengan meleburkan rekod kalah 4 perlawanan kepada T-TEAM pada musim lepas). Selepas itu, kempen Piala FA akan menyusur apabila TRW bertemu SARAWAK pada 18hb (Piala FA amat penting untuk slot ke Piala AFC pada musim depan jika juara).
Dengan kehadiran Pemain Import ternama dan berprofile tinggi seperti Ghaddar, Antwi dan yang terbaru Obinna Nwaneiri, dan yang bakal menyunsur ialah Samad Okucha Awudu Dari Ghana diharap dapat menyuntik semangat baru kepada TRW untuk meneruskan legasi yang gemilang dalam persada bolasepak Tanah Air dan juga Antarabangsa.
Terima Kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana berjaya mewujudkan fenomena terbaru dalam dunia bolasepak Kelantan khususnya dan Malaysia amnya. Semoga TRW akan terus gemilang lagi dimasa hadapan.