Tuesday 31 January 2012

TRW 2012 - PERJALANAN PENUH BERLIKU BARU BERMULA

Sepanjang bermulanya kempen liga Super 2012, kita dapat saksikan peningkatan yang memberansangkan pada pasukan TRW. bermula dengan prestasi yang hambar dengan kekalahan pada Piala Sumbangsih kepada Negeri Sembilan amat mengejutkan dengan status juara bertahan.

      TRW memulakan aksi dengan baik apabila mudah menjinakkan LION XII tetapi mula menggusarkan para penyokong apabila sekadar seri pada perlawanan kedua menentang PKNS Selangor 1-1. pada perlawanan berikutnya, TRW menukar corak pemainan dengan berhasil menundukkan JOHOR FC, KEDAH dan KUALA LUMPUR untuk merampas kedudukan teratas liga buat masa sekarang dengan reputasi satu-satunya pasukan dalam liga super yang belum kalah.

      Tapi ini belum dapat membuktikan lagi kita berada dalam prestasi sebenar sebelum bertemu dengan persaing yang sebenarnya lagi. Bulan Februari adalah bulan yang amat genting bagi TRW apabila bertemu dengan SABAH pada 7HB, 'Derby Match' antara TRW dan Terengganu (membabitkan maruah dan status siapa layak bergelar jaguh no 1 Pantai Timur). Pada 14HB pula, permusuhan antara Selangor dan TRW akan berteruskan dengan Selangor yang dibimbing oleh Irfan Bakti bila-bila masa sahaja menunggu untuk menamatkan kemarau kekalahan kepada TRW (gah dengan meleburkan rekod kalah 4 perlawanan kepada T-TEAM pada musim lepas). Selepas itu, kempen Piala FA akan menyusur apabila TRW bertemu SARAWAK pada 18hb (Piala FA amat penting untuk slot ke Piala AFC pada musim depan jika juara).

      Dengan kehadiran Pemain Import ternama dan berprofile tinggi seperti Ghaddar, Antwi dan yang terbaru Obinna Nwaneiri, dan yang bakal menyunsur ialah Samad Okucha Awudu Dari Ghana diharap dapat menyuntik semangat baru kepada TRW untuk meneruskan legasi yang gemilang dalam persada bolasepak Tanah Air dan juga Antarabangsa.

        Terima Kasih kepada Tan Sri Annuar Musa kerana berjaya mewujudkan fenomena terbaru dalam dunia bolasepak Kelantan khususnya dan Malaysia amnya. Semoga TRW akan terus gemilang lagi dimasa hadapan.

Monday 30 January 2012

Harimau Malaya vs TRW

Perlawanan Persahabatan :
MALAYSIA lwn KELANTAN FA
Tarikh : 1 Februari 2012
Masa : 8.45 malam
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tiket : RM10.00

Sunday 29 January 2012

Harimau Malaya Jemput TRW?

Datuk K. Rajagobal dikhabarkan telah menghantar satu permintaan secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjemput The Red Warriors beraksi dalam satu perlawanan persahabatan dalam masa terdekat melawan Harimau Malaya.

Menurut sumber kepada RedsfcNews, pengendali skuad negara tersebut telah menyatakan kepada Presiden KAFA untuk mengadakan perlawanan persahabatan tersebut di Kuala Lumpur.

Segalanya masih dibincangkan dan keputusan masih belum diberi sama ada KAFA akan menerima pelawaan ketua jurulatih Malaysia itu.

Tunggu pengesahan dan makluman daripada pihak KAFA untuk pengesahan rasmi, jelasnya. -RedsfcNews-

Senarai Penjaring Gol pasukan Kelantan

Senarai Penjaring Gol pasukan Kelantan setakat 5 perlawanan MSL 2012 : 

1. Norshahrul Idlan Talaha : 4 Gol
2. Mohammed Ghaddar : 2 Gol
3. Muhd Badhri Radzi : 2 Gol
4. Denny Agyare Antwi : 2 Gol
5. Indraputra Mahayuddin : 1 Gol

Senarai Bolos Penjaga Gol Pasukan Kelantan setakat 5 perlawanan MSL 2012 :

1. Khairul Fahmi Che Mat : 2 Gol - 4 Perlawanan
2. Muhammad Syazwan : 1 Gol - 1 Perlawanan

Kedudukan Terkini : No. 1 Carta
Jumlah Mata : 13 Mata
Jumlah Gol : 11 Gol
Jumlah Bolos : 3 Gol


Kelantan Terus Kuasai Liga

Para pemain TRW meraikan jaringan Kapten Pasukan, Piya.


PENYANDANG juara, Kelantan meneruskan penguasaan Liga Super dan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Bermula garang di babak pertama, deretan peluang tuan rumah bagaimanapun gagal disempurnakan barisan depan yang diterajui Norshahrul Idlan Talaha tetapi sebaik babak kedua bermula, penyerang kebangsaan itu memecah kebuntuan dengan menanduk masuk hantaran Indra Putra Mahyuddin (m-46).

Sorakan lebih 20,000 penyokong Red Warriors sekali lagi bergema pada minit ke-72 apabila kapten Mohd Badri Radzi melebarkan jaringan tuan rumah selepas memanfaatkan sepakan percuma untuk gol kedua Kelantan sebelum pemain importnya, Denny Antwi melengkapkan kemenangan pada minit ke-77.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, jaringan tunggal pemain import, Francis Forkey Doe pada babak kedua perlawanan sudah memadai buat Terengganu melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Lions XII.

Tuan rumah memiliki peluang untuk membuka jaringan pada minit ke-76 namun pemain gantian Agu Casmir sekadar menyepak bola melepasi palang gol ketika penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee sudah tertewas.

Sebaliknya kekalutan pada minit ke-79, Forkey Doe yang terjatuh akibat diapit dua pertahanan Lions XII pantas bangun untuk mencuri bola dan merembat leret menewaskan Izwan Mahbud untuk memastikan Terengganu pulang dengan tiga mata berharga.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, gol minit ke-78 Azidan Sarudin memastikan Selangor pulang dengan tiga mata penuh selepas menang tipis 2-1 ke atas T-Team. 

Pemain import Selangor, Ramez Jamal Dayoub membuka jaringan pada minit ke-35 selepas menyempurnakan sepakan penalti, tetapi disamakan tuan rumah juga menerusi sepakan penalti kapten, Zairo Anuar Zailani (m-49) sebelum Azidan menanduk masuk pemusnah pada minit ke-77.

Di Stadium Darulaman, tuan rumah Kedah tewas 3-1 kepada Johor FC, bermula dengan penalti Azi Shahril Azmi (m-44) untuk Johor FC mendahului 1-0 pada separuh masa pertama dan dua gol lagi menerusi Riduwan Maon (m-65) serta Kaironisam Sahabudin (m-70). Gol tunggal tuan rumah dijaringkan Khyril Muhymeen Zambri (m-81).

Di Stadium Hang Jebat, Melaka, gol sendiri Muhamad Khairan Ezuan Razali membantu Perak menewaskan FELDA United 2-1, dengan gol pertama menerusi Micheal Kubala (m-11) sebelum Farderin Kadir (m-35) menyamakan kedudukan dan Khairan tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-40.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak sekali lagi kempunan mengutip mata penuh selepas seri 2-2 menentang Negeri Sembilan malam tadi. 

Dua kali ketinggalan, Sarawak bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang importnya yang tampil buat kali pertama, Kalle Sone (m-50) dan Zamri Morshidi (m-83) manakala Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Ahmad Shakir Ali (m-45) dan Shukor Adan (81). 

Foto : Shazli Shamsuddin Photography
Ditulis oleh : Wartawan Berita Harian
Sumber : Berita Harian Online - Sukan

tahukah anda size standard padang?


Hero-hero kito ^_^


FULL HIGHLIGHT : LSM 2012 | Kelantan 3-0 Kuala Lumpur


Carta Liga Super 2012 | Matchday 4 : Kelantan Kekal Terajui Carta Liga Super.


 Credit to : Sokernet.com

Wednesday 4 January 2012

JADUAL DAN KALENDAR 2012


PERSEBAYA 1927 FC VS KELANTAN FA PART 2

perlawanan timbal balik antara PERSEBAYA 1927 FC VS KELANTAN FA yang menyaksikan kelantan tersungkur diarena lawan. Apa-apa pun,satu perkembangan positif dari pihak KAFA apabila dapat menyediakan siaran secara langsung di ASTRO ARENA. dikesempatan itu juga, dapatlah kita berkumpul bersama-sama Pengerusi Wilayah Selatan untuk menyaksikan perlawanan ini. Terima kasih diucapkan kepada 'tuan rumah' kerana sudi menjemput kami menghadiri makan malam bersama-sama. Sek Kito Jange Pecoh...



 Pengerusi Wilayah selatan dan Pengerusi TRW UTHM


Admin menjamu makanan yang disediakan..

Melihat gelagat si kecil.



 Bakal pelapis TRW Wilayah Selatan..

 Fokus pada perlawanan bolasepak..

Jom Makan Lagi..

sedang berurusan dengan Tan Sri Annuar Musa.hehe

Tuesday 3 January 2012

Gambar Di Majlis Pelancaran Jersey


















Pembukaan Liga Super : Kelantan menentang Lions XII





Kelantan akan menentang kelab jemputan dri Singapura iaitu Lions Xii di Stadium Jalan Besar Singapura.

Venue perlawanan Piala Sumbangsih Diubah !!

F.A.M. bertindak mengubah venue perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelantan & N.9 selepas mengambil kira bbrp faktor !! Antarnya faktor hujan lebat yang sedang melanda Kelantan. Merujuk kpd perkara itu, FAM tidak mahu perlawanan merebut Piala Sumbangsih dibatalkan seperti perlawanan Kelantan vs Ganu beberapa hari lepas !!!